Saturday, September 28, 2024
Home Sukan Saya mahu Lukaku – Conte

Saya mahu Lukaku – Conte

Romelu Lukaku. foto Agensi

LONDON – Pengurus Antonio Conte secara terbuka berharap Inter Milan akan mendapatkan Romelu Lukaku pada musim depan.

Namun pengendali Itali itu mengakui keputusan untuk membawa masuk penyerang Manchester United bukan berada di tangannya.

Lukaku terlepas aksi ketika Manchester United menang 1-0 kepada Inter pada Sabtu lalu, beberapa jam selepas terdapat khabar angin bahawa skuad Red Devils sedia menjualnya.

Harga permulaan bidaan bernilai 54 juta pound (RM276 juta) telah dibuat setelah terdapat permintaan daripada kelab Serie A itu.

Inter dikatakan sedia menjual Mauro Icardi dan Conte tidak menyembunyikan minatnya untuk mendapatkan Lukaku ke San Siro bagi menggantikan pemain dari Argentina itu.

“Lukaku adalah pemain United dan untuk musim ini, kami perlu mempamerkan kehebatan kelab, untuk pemain itu dan juga anak-anak buah saya yang lain,” katanya. – MalaysiaGazette