KUALA LUMPUR – Sebelum ini kontroversi pelakon, Ammar Alfian dan isterinya, Nelissa Nezam menjadi perbualan.
Selepas senyap beberapa ketika Ammar menerusi Instagram memuatnaik sekeping gambar seolah-olah hubungannya dengan isteri yang sedang sarat hamil cahaya mata mereka sudah jernih.
Nelissa kemudian membuat kenyataan menerusi Ig story miliknya berkata hubungan mereka tidak seperti yang digambarkan Ammar sebaliknya semakin buruk.
Selepas tidak lagi sebumbung sejak Mei yang lalu, Ammar didakwa Nelissa curang dengan isterinya selepas diketahuinya berbalas mesej dengan wanita lain.
Justeru wanita itu nekad membuat keputusan tidak lagi mahu kembali ke pangkuan Ammar.
“Kantoi mesej dengan wanita lain ketika majlis baby shower Datang semula dan dia fikir boleh dapat saya? Saya tidak rasa begitu. Muat naik foto kami bersama tidak akan membuatkan saya kembali kepadanya.
“Dia kini sedang menggunakan cara itu untuk buat saya berjumpa dengannya. Saya tidak akan percaya segala penipuan dan permainan awak. Tinggalkan saya sendirian,” tulisnya.
Tambahnya, Ammar bercuti ke Barcelona baru-baru ini dengan gadis yang dihubunginya menerusi mesej itu. -MalaysiaGazette