Home Sukan Matuidi dalam radar Man United

Matuidi dalam radar Man United

LONDON – Nama Blaise Matuidi tiba-tiba muncul menjadi sasaran utama Manchester United untuk memperkuatkan bahagian tengah skuad itu musim depan.

Pemain Juventus itu kini merupakan spekulasi menjelang jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris akan ditutup pada 8 Ogos ini.

Menurut media Itali, Corriere, bos United, Ole Gunnar Solskjaer perlu bersaing dengan Paris Saint-Germain (PSG) yang turut berminat untuk mendapatkan Matuidi.

Matuidi yang menjulang juara Piala Dunia 2018 bersama Perancis menyertai Juventus pada Ogos 2017.

Dia sebelum itu mengharungi enam musim menakjubkan bersama PSG.

Sepanjang dua musim bersama Juve, dia memenangi Serie A dan Piala Italia malah menjaringkan tujuh gol dalam 88 penampilan. – MalaysiaGazette