TERKINI : Rakyat Bangga Malaysia Diterajui Agong “Ketua Negara Berjiwa Rakyat”

Sempena pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertan Agong ke-16 hari ini, rakyat memanjatkan doa agar baginda dan Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa diberikan kesihatan untuk melaksanakan tanggungawab sebagai ketua negara.

Meskipun tidak dapat melihat istiadat pertabalan hari ini secara langsung, namun Mazlina Mansor, 42 yang meluangkan masa dari Nibong Tebal ke Muzium Diraja melahirkan rasa kagum di atas kehebatan pimpinan Al-Sultan Abdullah menerajui negara.