TOKYO – Harga minyak terus meningkat buat hari kelima dalam dagangan hari ini dipacu oleh jangkaan penurunan inventori minyak Amerika Syarikat, selain para pelabur mengunjurkan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan buat kali pertama dalam tempoh sedekad.
Harga minyak mentah Brent naik kepada AS$65.05 setong pada 0044 GMT manakala West Texas Intermediate pula
AS$58.33 setong.
Untuk bulan ini, bagaimanapun, kedua-dua kontrak dalam keadaan selesa disebabkan kebimbangan berterusan mengenai permintaan minyak.
Tetapi Brent merosot kira-kira 2.3 peratus dan WTI pula susut sedikit.
Inventori minyak mentah AS susut sebanyak 6 juta tong pada minggu berakhir pada 26 Julai kepada 443 juta tong berbanding unjuran penganalisis sebanyak 2.6 juta tong, menurut data API.
Stok gasolin juga susut sebanyak 3.1 juta tong berbanding jangkaan 1.4 juta tong. – MalaysiaGazette