WASHINGTON – Anak lelaki Osama Bin Laden, dilaporkan telah meninggal dunia, menurut pegawai perisikan Amerika Syarikat.
Namun butiran tempat dan tarikh kematian Hamza Bin Laden masih belum jelas.
Pada Februari lalu, kerajaan Amerika Syarikat menawarkan sejumlah AS$1 juta untuk mendapatkan maklumat Hamza.
Hamza, 30, pernah mendedahkan audio dan video mesej panggilan serangan ke atas Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Penasihat Keselamatan Kebangasaan, John Bolton enggan mengulas ketika ditanya mengenai perkara ini.
Hamza telah menggesa kumpulan jihad untuk membalas dendam pembunuhan bapanya oleh pasukan khas Amerika Syarikat pada bulan Mei 2011.
Dia juga menyeru orang-orang Semenanjung Arab untuk memberontak, menyebabkan Arab Saudi melucutkan kewarganegaraannya.
Dia dipercayai berada di bawah tahanan dalam rumah di Iran tetapi laporan lain turut menunjukkan dia juga mungkin tinggal di Afghanistan, Pakistan dan Syria.
Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, dokumen yang disita dalam serbuan pada tahun 2011 di rumah Osama di Abbottabad, Pakistan, mencadangkan Hamza sedang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan al-Qaeda. –