Home Seni Hidup Besar kepala kau bedal adik aku – Afiq Muiz

Besar kepala kau bedal adik aku – Afiq Muiz

Foto (kiri), Afiq Muiz dan adiknya, Aishah Azman.

KUALA LUMPUR – Pelakon Afiq Muiz yang merupakan abang kandung kepada aktres jelita, Aishah Azman, 23, memberi amaran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya.

Afiq, 27, berkata bakal lelaki itu mesti memiliki ciri budiman dan beragama Islam serta bukan ‘dua alam’.

“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja.

“Yang dua alam dilarang sama sekali. AMARAN,” tulis Afiq di laman Instagram miliknya dengan nada tegas.

Sebelum ini, Aishah bertunang dengan pelakon Mukhsin, iaitu Syafie Naswip pada 7 April lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.

Bagaimanapun mereka mengesahkan sudah putus tunang selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan. – MalaysiaGazette