PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau ada membuat pertemuan rahsia dengan pemimpin pembangkang pada 30 Julai lalu.
Katanya, memang beliau ada membuat pertemuan dengan pemimpin Sarawak itu namun enggan memperincikan siapa yang membuat jemputan berkenaan.
“Saya tidak tahu, barangkali kot. Saya dah jumpa dengan dia, tidak ada perjumpaan rahsia,” katanya menjawab kenyataan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Abang Johari Openg yang berkata beliau dijemput oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu di Putrajaya.