KUALA LUMPUR – Kedutaan Malaysia di Thailand menggesa semua rakyat Malaysia sama ada pelancong atau yang menetap di negara tersebut untuk sentiasa berjaga-jaga susulan insiden pengemboman di Bangkok pagi tadi,
“Kami ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berada di Thailand untuk terus berjaga-jaga dan mengikut semua arahan pihak berkuasa tempatan.
“Sila daftarkan diri anda dengan kami melalui emel [email protected],” katanya dalam satu ciapan twitter di sini hari ini.
Awal hari ini, pihak media Thailand melaporkan beberapa siri pengemboman kecil berlaku di Bangkok.
Bandaraya tersebut ketika ini menjadi tumpuan ramai apabila menjadi hos kepada mesyuarat menteri-menteri asing ASEAN yang juga menerima kunjungan diplomat kanan dari China, Rusia dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, tiada insiden pengeboman berlaku di kawasan berhampiran lokasi mesyuarat.
Letupan kecil pertama kedengaran sebelum jam 9 malam.- MalaysiaGazette