Home Ekonomi PLUS sumbang 300 kon kepada kenderaan berat

PLUS sumbang 300 kon kepada kenderaan berat

Zakaria Ahmad Zabidi

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbangkan 300 kon bernilai RM10,000 kepada tiga syarikat penguasaha kenderaan berat – Persatuan Haulier Malaysia (AMH), Persatuan Pemilik Lori Selangor dan Kuala Lumpur dan Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur untuk diedarkan kepada pemandu masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, sumbangan itu adalah pendekatan PLUS untuk mengurangkan kemalangan yang berpunca daripada lori yang terkandas di lebuh raya.

Kon keselamatan merupakan peralatan keselamatan yang perlu dibawa oleh kenderaan berat.

Penggunaan kon keselamatan adalah amat penting untuk memberi amaran kepada pengguna dan mengelakkan kemalangan apabila lori terkandas di lebuhraya, kata beliau.

Menurutnya, kon keselamatan tersebut perlu diletakkan dalam jarak yang selamat di belakang lori yang terkandas bagi memberi amaran kepada pengguna lebuh raya yang lain terutamanya penunggang motosikal.

PLUS 2 (1)

“PLUS sentiasa berkolaborasi dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya. Ia termasuklah kolaborasi bersama pihak penguatkuasaan seperti polis dan JPJ untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya.

“Pada kali ini, kami berkolaborasi pula dengan pengusaha-pengusaha syarikat lori untuk mencapai matlamat yang
sama. Ia merupakan komitmen kami untuk menjaga pelanggan kami di setiap langkah perjalanan mereka,” tambah beliau.

Sumbangan kon keselamatan ini merupakan lanjutan daripada Program Keselamatan PLUS Bersama Komuniti Lebuhraya termasuk pengusaha syarikat-syarikat lori yang telah dianjurkan baru-baru ini.

Program keselamatan yang melibatkan lebih daripada 400 pemandu dan pengusaha syarikat lori tersebut turut menyentuh tentang penggunaan kon-kon keselamatan untuk memberi amaran kepada pengguna lebuh raya.

Presiden AMH, Datuk Nazari Akhbar berkata, ini merupakan kali pertama sebuah organisasi menyumbangkan kon
keselamatan kepada syarikat pengusaha lori. – MalaysiaGazette