Home Ekonomi Syarikat penerbangan perlu optimum operasi di lapangan terbang

Syarikat penerbangan perlu optimum operasi di lapangan terbang

Mohd Shukrie Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah beroperasi dengan kapasiti penuh.

Lantaran itu adalah penting untuk semua pihak berusaha untuk mengoptimumkan operasi di lapangan terbang.

Walaupun kebimbangan yang disuarakan oleh pengendali lapangan terbang beberapa hari yang lalu, keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tetap sama seperti sebelumnya, yang mana hanya kira-kira 70 peratus kaunter daftar masuk yang digunakan oleh syarikat penerbangan.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airports berkata, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pemeriksaan selama lima hari yang lepas masih menunjukkan 30 kaunter daftar masuk yang diperuntukan untuk syarikat penerbangan tempatan masih kurang dimanfaatkan kerana kekurangan kakitangan oleh syarikat-syarikat penerbangan.

Begitu juga untuk kemudahan daftar masuk dan kemudahan daftar bagasi (SBD) yang disediakan oleh syarikat penerbangan, yang mana sekurang-kurangnya tiga kemudahan ini tidak beroperasi pada satu-satu masa, menyumbang kepada beratur panjang untuk proses daftar masuk .

“AirAsia diperuntukkan 5 kaunter daftar masuk dan 6 kaunter daftar diri tetapi hanya separuh daripada kaunter yang dikendalikan,” katanya.

Sehubungan itu, MAHB berharap situasi itu akan menambah baik pada masa depan oleh semua pihak di lapangan terbang dengan bekerjasama untuk memperbaiki pengalaman penumpangan, khususnya menjelang Experience Penang Year 2020 dan Tahun Melawat Malaysia 2020. – MalaysiaGazette