PUCHONG – Kepimpinan UMNO mempunyai pelan alternatif B dan C sekiranya parti itu diharamkan oleh Mahkamah dibawah kepimpinan Pakatan Harapan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Bagaimanapun Naib Presiden UMNO berjanji kepimpinan tertingginya tidak akan membiarkan parti suara keramat Melayu yang pernah memerintah negara selama enam dekad itu terkubur dengan mudah seperti diimpikan Pakatan Harapan.