Home Sukan De Bruyne layak menang anugerah PFA berbanding Salah- Guardiola

De Bruyne layak menang anugerah PFA berbanding Salah- Guardiola

Kevin De Bruyne.

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengkritik calon yang disenarai pendek untuk anugerah tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) selepas nama pemain kelab itu tercicir.

Walapun memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Carabao pada musim lalu, pemain City tidak tersenarai sebagai calon.

Pemain seperti Ederson, Bernardo Silva, Sergio Aguero dan Raheem Sterling gagal tersenarai setelah kehilangan tempat di tangan Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijk dan Harry Kane.

Guardiola percaya kegagalan kelabnya dalam aksi peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah merupakan punca di sebalik kegagalan pemainnya menerima kepercayaan yang sepatutnya.

“Saya tidak kata mereka yang dicalonkan untuk anugerah ini tidak layak tetapi, sebagai contoh terdapat lima atau enam pemain kami yang layak (dicalonkan untuk anugerah PFA).

“Adalah agak memeranjatkan kami kerana mereka adalah menakjubkan pada musim lalu. Kami memenangi empat kejuaraan tetapi kami tidak (dipilih menjadi calon), malah tidak seorang pun (tercalon).

“Apabila anda menjadi juara Liga Juara-Juara, anda akan menjadoi calon. Tempoh selama 10 nulan atau 11 bulan tidak dikira untuk anugerah seperti ini. Mungkin kamu perlu memenangi lima kejuaraan? atau enam? Mungkin kami perlu mengutip 250 mata untuk berada di sana (menjadi calon) pada musim depan? Kami akan mencubanya,” tambah beliau.

Pengurus warga Sepanyol itu mempersoalkan bagaimana tiada pemain City yang memenangi anugerah PFA walaupun menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali dalam tempoh lapan tahun dan menambah De Bruyne dan David Silva layak untuk memenangi anuegrah tersebut berbanding Salah pada 2018.

“Dalam tempoh lapan tahun, memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali adalah luar biasa. Namun tiada seorang pemain kami dicalonkan sebagai pemain terbaik dalam empat musim ini. Tidak penah.

“Dalam tempoh lapan tahun, memenagi Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali adalah baik namun tidak pernah seorang pemain – Sergio (Aguero), David (Silva), Vincent (Kompany), Yaya (Toure) – dicadangkan pada masa itu.

“Dengan mengutip 100 mata, penghormatan tinggi untuk Mohamed Salah, tetapi Kevin de Bruyne kedua-duanya melangkaui situasi normal. Tetapi ini hanya pendapat, sudah pasti kami menerimaa pemain lain yang masih layak (memenangi anugerah),” tambah Guardiola. – Agensi