Home Politik Pakatan Harapan sering salah formula

Pakatan Harapan sering salah formula

Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Denison Jayasooria bercakap pada Forum Pendidikan bertajuk ‘Memikirkan semula kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan Malaysia’ anjuran Dong Zong diKL and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Kelamahan Pakatan Harapan (PH) adalah sering silap ‘formula’ khususnya dalam polisi yang diperkenalkan.

Situasi itu,  menurut Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Denison Jayasooria mengakibatkan kerajaan itu dilihat tidak bersedia dalam melaksanakan polisi mereka.

“Pakatan Harapan selalu dilihat silap menggunakan formula kira-kira mereka. Polisi mereka seperti unpreparedness,” katanya semasa menjadi salah seorang panel dalam forum ‘Memikirkan semula kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan Malaysia’ anjuran Dong Zong di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Mengulas lanjut tentang kekurangan PH, katanya, sejak mengalahkan seteru, Pakatan Harapan juga tambah dilihat lemah dari aspek komunikasi.

Ujarnya, kerajaan kerap terlihat tidak sepakat dalam perkara tertentu mengakibatkan tercetusnya kontroversi dan bantahan, khususnya melibatkan isu tulisan jawi dan seni khat baru-baru ini.

Beliau berkata, sepatutnya kesemua peringkat perlu bersepakat dan bersedia dengan penjelasan untuk menguatkan lagi keputusan yang dicapai secara konsensus.

“Mereka ini (kerajaan) saya rasa perlu kuatkan perbincangan dalaman.

“Dalam kerajaan ada  PKR dan DAP yang merupakan parti yang lama. Itu pun masih terdapat bantahan. Mereka patut lebih konsensus, mereka perlu perkukuhkan komunikasi,” tambahnya.

Untuk apa juga tindakan kata Denison lagi, Pakatan Harapan sepatutnya perlu berhati-hati kerana mereka sebagai sebuah kerajaan yang baharu menggantikan seteru sebelum ini menjadi perhatian rakyat.

“Keraajan perlu realistik. Kena berhati-hati, di dalam bilik pun ada orang berhati-hati,” katanya lagi. -MalaysiaGazette