Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching kini berhadapan dengan situasi sukar apabila kerajaan memuktamadkan keputusan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat.
Pegawai Khasnya, Chan Kheng Fai mengakui kesukaran yang dialami bossnya itu ketika muncul sebagai salah seorang panel dalam forum bertajuk ‘Memikirkan semula kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan Malaysia’ anjuran Dong Zong malam ini.