KUALA LUMPUR – PT Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat elektrik Indonesia sepatutnya mempunyai pelan kontingensi untuk menangani gangguan bekalan air di Jakarta dan beberapa wilayah.
Ahad lalu, sebahagian besar Jakarta dan beberapa bandar mengalami gangguan elektrik telah menjejaskan 100 juta orang penduduk.
Presiden Indonesia, Joko Widodo mempersoalkan mengapa PLN tidak mempunyai pelan bantuan kerana masalah ini pernah berlaku.
“Benda yang boleh menyebabkan masalah besar sepatutnya tidak berlaku,” katanya semasa melawat ibu pejabat PLN.
Gangguan bekalan elektrik yang mengambil masa agak lama itu telah menjejaskan operasi kerajaan dan perniagaan, selain sistem MRT dan komuter.
Masalah yang berlaku Ahad lalu adalah paling serius sejak kegagalan transmisi yang berlaku di Jawa dan Bali pada tahun 2005.
Pengarah PLN, Djoko Abumanan berkata, pihaknya masih menyiasat punca kegagalan transmisi itu tetapi ia disebabkan isu teknikal. – MalaysiaGazette