KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad digesa untuk menetapkan satu tarikh yang jelas untuk peralihan kuasa jawatannya itu.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia(GBM) dalam masa yang sama menggesa Tun mengurangkan tempoh penjawatan perdana menteri kepada dua tahun sahaja, dalam masa yang sama mengurangkan kuasa pemusatannya.
Beberapa perkara ini menurut ketiga-tiga NGO itu senada dengan apa yang pernah dijanjikan Pakatan Harapan.
“Manifesto PH telah menjanjikan pengurangan pemusatan kuasa Eksekutif pada tangan Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa oleh mantan Perdana Menteri sebelum ini menjadi fakta bahawa kuasa yang terlalu banyak tertumpu pada pejabat Perdana Menteri.
“Melainkan undang-undang dipinda dan parlimen diperkasakan semula, terutamanya proses pelantikan jawatan utama kerajaan, tidak ada jaminan PM selepas ini tidak akan menggunakan kuasa yang ada sekarang untuk berpaut kepada jawatannya dengan menaungi kesetiaan pemimpin dan pengundi, mengakibatkan wajah buruk kleptokrasi terjelma kembali.
“Struktur kuasa yang lebih serata dengan menghadkan penggal PM akan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang lebih mudah diantara ahli politik yang bercita-cita tinggi dengan mewujudkan peluang untuk kemajuan dalam kerjaya politik,” kata surat terbuka bersama-sama itu kepada Tun M.
NGO itu berkata demikian apabila menyifatkan pergolakan PKR kini memberi kesan negatif bukan sahaja kepada Pakatan Harapan malah berpotensi membantutkan agenda pembangunan negara akibat ketidakstabilan politik.
“Pergolakan PKR, salah satu parti komponen yang utama dalam gabungan PH, sedang merisaukan rakyat dan komuniti antarabangsa kerana berpotensi untuk memecahbelahkan gabungan tersebut serta menyebabkan politik negara ini dalam keadaan kucar-kacir
“Sebagai kumpulan masyarakat sivil yang tidak partisan, kerisauan kami hanya tertumpu kepada kestabilan politik dan kebertanggungjawaban dalam penggal ke-14 parlimen tanpa ada sebarang kecenderungan untuk PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15(PRU-15).
“Bersih 2.0, ABIM dan GBM selain itu mencadangkan agar kerajaan tanpa lengah melaksanakan kesemua janji Pakatan Harapan sebelum memenangi pilihan raya yang lalu khususnya berkenaan mengukuhkan institusi awam utama seperti
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya
Pelantikan Kehakiman, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(SUHAKAM)
dan Jabatan Peguam Negara.
“Kami menggesa kerajaan dan semua pihak untuk memulakan dialog nasional bagi membincangkan untuk kita bergerak keluar daripada sistem ‘First Past the Post’ (FPTP) dan menuju ke sistem kerusi Perwakilan Berkadaran berdasarkan Senarai-Parti(List-PR).
“Ini akan memastikan perwakilan parti politik yang lebih luas di dalam parlimen dan menghapuskan keperluan mereka untuk memainkan isu perkauman untuk menggerakkan pengundi,” kata gabungan NGO itu lagi.
Baru-baru ini Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyuarakan sokongannya terhadap kepimpinan Tun M selama sepenggal.
Pas dan UMNO juga dilihats enada dengan penderia tersebut sambil menganggap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menggantikan Tun M.
Pakatan Harapan sebelum ini dikatakan mempunyai perjanjian tenteng jawatan Perdana Menteri yang akan diberikan oleh Tun M kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim nampun tiada seorang pemimpin parti itu yang mendedahkan tempoh yang ditetapkan untuk peralihan kuasa. -MalaysiaGazette