Home Sukan Tuanzebe mahu kekal

Tuanzebe mahu kekal

CE4D3CB8-0426-43E7-92EA-FE1CBD372274

LONDON – Stoke City dilaporkan telah melamar Axel Tuanzebe untuk menyertai kelab itu secara pinjaman sepanjang musim depan.

Namun bek tengah itu bertekad mahu kekal di Manchester United.

Tuanzebe kini mendi pilihan ketiga selepas kehadiran Harry Maguire dan Victor Lindelof.

Maguire tiba di Old Trafford dengan nilai rekod dunia berjumlah £80 juta.

Ketibaan bekas pemain Leicester City itu mencetuskan spekulasi Tuanzebe akan dipinjamkan lagi untuk mendapat minit perlawanan kompetitif.

Musim lalu, pemain muda berusia 21 tahun itu dipinjamkan ke Aston Villa selama dua musim bagi mengharungi kejohanan Liga Kejuaraan. – MalaysiaGazette

d81cd2e044ebe85cec7af5c348a24d31?s=150&d=mp&r=g
+ posts