KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$103.9 bilion pada 31 Julai 2019.
Jumlah itu meningkat berbanding AS$103.3 bilion pada 15 Julai lalu.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette