LONDON – Romelu Lukaku akhirnya menjadi milik Inter Milan selepas melalui satu episod perpindahan yang agak panjang dan beberapa drama di sebelum berpindah.
Perkara itu disahkan oleh Inter dalam pengumuman rasmi menerusi media sosial kelab.
Manchester United dan Inter dilaporkan bersetuju dengan harga £73 juta dengan ada bonus tambahan.
United sebelum ini membayar keseluruhan £90 juta untuk mendapatkan Lukaku daripada Everton dengan bayaran £75 juta dan bayaran tambahan £15 juta.
Kelab itu cuba menggunakan Lukaku untuk disertakan dalam usaha membawa Paulo Dybala dari Juventus.
Namun gagal mendapat kata putus.
Lukaku pula berkeras mahu beraksi di Inter berbanding dalam Serie A.
Pemain antabangsa Belgium memberikan salam perkenalan kepada peminat sebagai pemain baharu Inter menerusi video ringkas.
Dia meninggalkan Liga Perdana dengan rekod 113 gol.
Lukaku diikat kontrak selama lima tahun dengan gaji £300,000 seminggu. – MalaysiaGazette