BEIJING – Pihak berkuasa China mengumumkan amaran merah susulan Taufan Lekima semakin menghampiri pantai timur.
Taufan itu kini melanda Taiwan dengan angin selaju 190 kilometer sejam dan dijangka bertiup di wilayah Zhejiang.
Pasukan kecemasan telah ditempatkan di rantau-rantau untuk kerja-kerja bantuan, kata Kementerian Kecemasan.
Ribuan penduduk di pantai Shanghai telah diberi amran untuk dipindahkan.
Amaran banjir juga telah dikeluarkan di seksyen timur Sungai Yangtze dan Sungai Kuning sehingga Rabu.
Wilayah di Jiangsu dan Shandong turut diberi amaran.
Kapal-kapal persiaran telah diminta untuk menangguhkan ketibaannya di Shanghai dan beberapa perkhidmatan keretapi telah digantung pada hujung minggu.
Beijing juga membatalkan perjalanan keretapi dari rantau delta Yangtze.
Lekima adalah salah satu daripada dua taufan di Pasifik barat pada masa ini.
Di timur, Typhoon Krosa pula menyebarkan hujan lebat di seluruh Kepulauan Mariana Utara dan Guam.
Ia bergerak ke arah barat laut dan diramal melanda JepunĀ minggu depan, kata ramalan cuaca. – MalaysiaGazette