Home Dunia Bandar besar di Australia dilanda ribut

Bandar besar di Australia dilanda ribut

Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki dihempap pokok selepas Australia dilanda angin ribut. foto Agensi

SYDNEY – Lapangan terbang utama di dua bandar terbesar di Australia, Sydney dan Melbourne terpaksa membatalkan penerbangan pada hari Jumaat disebabkan angin kencang hingga membunuh seorang wanita, memusnahkan bumbung kediaman dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Wanita itu mati selepas sebatang pokok tumbang di atas keretanya yang sedang bergeraknya di tenggara Victoria.

Dua kanak-kanak dan seorang pemandu lelaki dimasukkan ke hospital, kata polis.

Angin kencang meniup bumbung di sebuah rumah kejururawatan berhampiran Newcastle di negeri New South Wales.

Ketika itu ribut dilaporkan bertiup melebihi 100 km (62 batu) sejam.

Ribut tersebut turut menjejaskan bekalan elektrik hingga menjejaskan 10,000 kediaman di selatan Australia.

Lapangan terbang Sydney dan Melbourne pula membatalkan lebih 60 penerbangan.

Biro meteorologi memberi amaran bahawa angin akan terus melanda negara itu sepanjang minggu ini. – MalaysiaGazette
Reporting by Paulina Duran; Editing by Darren Schuettler