HULU LANGAT – Hari Raya Aidiladha bagaikan hari durian runtuh bagi seorang penternak lembu, Mazlan Mohd selepas kesemua ternakannya habis dijual.
Antara cabaran utama pengusaha lembu adalah memastikan haiwan diternakan berada dalam keadaan baik menjelang Aidiladha.
Dalam memastikan lembu tersebut terjaga rapi, pengusaha ternakan lembu, Mazlan Mohd berkata seramai 9 orang pekerja akan memantau keadaan fizikal lembu agar sentiasa dalam keadaan sihat untuk dikorbankan.