KUALA LUMPUR – Datuk Seri Wee Ka Siong menyindir Lim Kit Siang kerana tidak berani untuk menamakan konspirator politik yang disebut dalam tulisan di blognya hari ini.
Presiden MCA itu bertanya: “Siapakan kerajaan hari ini? Senang-senang Kit Siang nak salahkan pihak lain tapi tak berani menamakan pihak tersebut.
Dalam tulisannya, Penasihat DAP itu berkata, konspirator politik telah berjaya membuatkan orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain di negara merasa terancam.
Beliau yang mengulas mengenai pengenalan tulisan jawi berkata, dirinya turut dipersalahkan atas rancangan bagi memperkenalkan tulisan tersebut.
Kit Siang berkata, rakyat di negara perlu keluar daripada kepompong perkauman yang didakwa dilakukan oleh ‘konspirator politik’ hingga menyebabkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain rasa sentiasa terancam.
Walaupun tidak menamakan siapakah konspirator itu, Kit Siang memberikan contoh kontroversi pengenalan tulisan khat baru-baru ini menyebabkan DAP dalam dilema.
Malah, secara terbuka penyokong-penyokong parti lantang melahirkan rasa tidak berpuas hati.
“Konspirator ‘jahat’ ini hanya mahu menimbulkan rasa curiga, tidak percaya, takut dan saling benci membenci menentang agama, bangsa sesama sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette