JAKARTA- Kerajaan Jakarta dengan kerjasama Rumah Zakat akan memproses daging korban sempena perayaan Aidil Adha tahun ini menjadi daging dalam tin untuk diagihkan kepada para asnaf dan keluarga mangsa kebakaran baru-baru ini.
Menurut Ketua Biro Undang-Undang Jakarta, Premi Lasari, makanan dalam tin itu diperolehi daripada sumbangan yang diterima oleh Rumah Zakat.
Katanya, makanan-makanan tersebut akan diagihkan kepada mangsa bencana seperti mangsa kebakaran baru-baru ini.
“Kami menerima daging dalam tin serta rendang yang telah dipaketkan.
“Buat sementara waktu, makanan-makanan tersebut akan disimpan di Agensi Sumbangan Kebangsaan (Baznas) dan Perbadanan Kakitangan Awam Indonesia (Korpri) di sini.
“Makanan-makanan tersebut tahan selama dua bulan,” katanya.
Kerajaan sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa agensi dan organisasi untuk melancarkan program Dapur Korban yang mana mereka akan mengagihkan kira-kira 5,000 kotak makanan yang diperbuat daripada daging korban kepada golongan asnaf di bandaraya Jakarta.
Makanan disediakan oleh chef-chef daripada beberapa hotel ternama di ibu negara.- Agensi