Home Laporan Haji 2019 Mina pula dilanda hujan

Mina pula dilanda hujan

Sebahagian jemaah haji yang dalam perjalanan ke jamrah berteduh di tepi jalan akibat hujan lebat di Mina hari ini.

MINA- Hujan lebat di Mina hari ini menyebabkan kebanyakan maktab jemaah haji dilanda banjir kilat.

Para jemaah haji yang melontar jamrah buat hari kedua pula basah akibat hujan namun rata-rata gigih meneruskan perjalanan.

Rata-rata maktab jemaah haji pula ada yang banjir sampai ke lantai bilik, bocor sehingga membasahkan katil dan bekalan eletrik terputus.

banjir mina 3

Kejadian yang sama juga berlaku di Maktab Ayman Ekbar 2 yang menempatkan wakil-wakil media negara Islam jemputan Kementerian Media Arab Saudi.

Dalam masa yang sama, para petugas sedang menangani masalah yang berlaku di maktab- maktab jemaah haji.

Sebelum itu, hujan lebat juga berlaku di Arafah dua hari lalu ketika para jemaah haji berwukuf.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dr Zakir Naik adalah pendakwah Islam yang berani beri pandangan dan komen pada perkara yang benar walau pahit didengar. Jadi ia di tentang oleh kafir didunia ini khasnya di Msia dan Negara India kerana perkaitan hubungan kaum India di negara ini dan dengan bangsa india di Negara India lebih lagi Dr Zakir di lahirkn di Negara India. Kaum India Hindu dan Sik telah dipengaruhi dan jadi alat untuk mengiakan dan menyampaikan rasa kebencian Pm India Mokdi terhadap Islam di Negara India khasnya dan dunia amnya hanya untuk kekalkn sokongan kpd diri dan parti perintahannya sedang sebenarnya kaum majoreti Hindu yang sepatutnya mengetuai pemerintahan Negara India. Pm India ini bijak ambil kesempatan dalam kesempitan. Kaum India dan Cina dan semua kaum termasuk Melayu di Malaysia adalah lebih baik taat terhadap Yang DiPertuan Agung, Sultan da PM yang di pilih rakyst secara demokrasi . Merekatelah berpenat lelah mencorak Malaysia menjadi makmur sehingga kaum India dan Cina begitu selesa dan mewah tinggal di Tanah Melayu ini. Belum tentu kamu bahagia tingggal di Negara India, yang pasti di Msia Tanah Melayulah kamu beroleh semuanya.

Comments are closed.