Home Ekonomi Singapura turunkan unjuran KDNK

Singapura turunkan unjuran KDNK

Singapura
Bandar raya Singapura.

SINGAPURA- Singapura menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi setahun penuh susulan persekitaran global yang semakin buruk, ditambah dengan data suku kedua ekonomi republik tersebut yang menguncup 3.3 peratus.

Kerajaan mengurangkan julat unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada kosong hingga satu peratus berbanding anggaran terdahulunya iaitu 1.5 peratus dan 2.5 peratus.

Suku kedua menguncup 3.3 peratus, kurang sedikit berbanding penguncupan 3.4 peratus yang diunjurkan kerajaan sebelum ini, bagaimanapun ramai menjangkakan kemelesetan ekonomi akan berlaku tidak lama lagi.

“Pertumbuhan KDNK pada permintaan pasaran utama Singapura pada separuh kedua 2019 dijangka perlahan atau kekal sama berbanding separuh pertama,” kata Kementerian Perdagangan dan Industri dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank pusat, mereka tidak mempertimbangkan sebarang mesyuarat dasar tidak berjadual selepas melihat data berkenaan.

Mesyuarat dasar monetari dijadualkan pada Oktober depan, di mana ia dijangka akan melonggarkan polisi.- MalaysiaGazette