Home Utama Proses bedah siasat mayat Nora Anne dijangka 3 jam – Che Zakaria...

Proses bedah siasat mayat Nora Anne dijangka 3 jam – Che Zakaria Othman

Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur tiba untuk proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2019.

SEREMBAN – Laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang ditemui di 2.5 kilometer dari The Dusun Resort semalam akan mengambil masa lebih tiga jam untuk diselesaikan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, pihaknya menjangkakan keputusan laporan bedah siasat itu selepas tiga jam menjelang tengahari nanti.

“Laporan bedah siasat mangsa dijangka ambil masa agak lama dua tiga jam.. kita pun belum tentu lagi,” katanya ringkas kepada pemberita di hadapan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini sebentar tadi.

MGF14082019_FORENSIK STJ10
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman bercakap kepada media yang menunggu proses bedah siasat mayat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2019.

Ibu bapa mangsa Maebh Jaseprin Quoirin dan Sebastian Marie Philipe tiga sekitar 9.20 pagi ke Jabatan Perubatan Forensik menerusi pintu belakang mengelak dikesan media selepas Senior Patalogi Hospital Kuala Lumpur tiba untuk memulakan proses autopsi.

Mayat Nora ditemui semalam sekitar pukul 1.57 petang dalam keadaan tanpa pakaian sebelum dibawah ke Hospital Seremban untuk pengecaman.

Ibu bapa mangsa hadir ke hospital sekitar 8.40 malam tadi sebelum mengesahkan mayat yang ditemui polis adalah anak perempuannya Nora yang hilang pada 4 Ogos lalu.

Lebih 50 pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di hadapan Jabatan Forensik seawal sejak 7.30 pagi lagi untuk melaporkan perkembangan semasa proses bedah siasat Nora. -MalaysiaGazette