Hasil keputusan awal bedah siasat mayat Nora Anne Quoirin,15, sekali lagi ditunda kepada pukul 8 malam ini untuk diumumkan kepada media di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.
Lebih 60 pengamal media tempatan dan antarabangsa menantikan keputusan bedah siasat sejak pukul 3 petang lagi selepas proses autopsi itu dimulakan sekitar 11 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata ia berikutan pasukan Patalogi belum menyelesaikan proses bedah siasat walaupun sudah enam jam berlalu.