KUALA LUMPUR – Dramatis, Datin Fouziah Gous telah menerima Anugerah 100 Top Young CEO 2019 bagi kategori wanita dalam bidang perniagaan, dalam satu majlis berprestij yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Pengiktirafan tersebut diberikan Fouziah di atas kejayaan produk minuman sarang burung yang telah mencipta fenomena baru dalam pasaran minuman kesihatan sarang burung negara.
Sebagai ahli perniagaan bumiputera yang menjadi pengasas minuman kesihatan sarang burung jenama FG Walet
Wanita berusia 36 tahun itu telah menunjukkan kejayaan luar biasa dalam perniagaan yang jarang diceburi oleh kalangan bumiputera.
“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan pengiktirafan ini yang sekali gus membuktikan bahawa produk minuman sarang burung FG Walet telah diterima ramai.
“Terima kasih kepada suami, keluarga, staf Zhafou Trading, ejen seluruh Malaysia dan para pelanggan yang mempercayai produk minuman sarang burung FG Walet,” kata ibu kepada dua anak itu.
Fouziah turut meluahkan rasa terharunya di atas kepercayaan dan pengiktirafan yang tidak disangka-sangka ini.
Sementara itu, penyelidikan terhadap FG Walet bermula lebih 10 tahun lalu dan telah berada di pasaran enam tahun lalu.
Minuman kesihatan sarang burung FG Walet kini boleh didapati di seluruh stesen minyak Petronas, AEON Big, LuLu Supermarket dan para ejen seluruh negeri. – MalaysiaGazette