KUALA LUMPUR – Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust yang dilantik sebagai jurucakap keluarga mendiang Nora Anne Quoirin mengesahkan tiada bayaran dibuat sebagai ganjaran penemuan mayat remaja itu.
Pemegang amanah itu turut mengesahkan bahawa ia menguruskan penghantaran mayat Nora Anne tetapi tidak mendedahkan tarikh dan destinasinya buat masa ini.
Menerusi laman Facebooknya, Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust memaparkan kenyataan bahawa keluarga Nora Anne memaklumkan hanya Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust dibenarkan bercakap mewakili keluarga tersebut.
Sehubungan itu, segala komen dan kenyataan berkaitan kehilangan, kematian, siasatan dan perkara lain daripada keluarga berkenaan mestilah melalui Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust.
“Keluarga ini hanya melantik Matthew Searle yang bertindak sebagai jurucakap mereka.
“Apa-apa komen dan pandangan lain oleh pihak lain dan tidak semestinya mencerminkan pandangan keluarga terdekat atau gambaran tepat mengenai fakta-fakta,” kata Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust menerusi laman sosial itu.
Keluarga remaja itu mahu media menggunakan kenyataan dan komen daripada Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust dari sekarang.
Dan, pemegang amanah itu akan mengemas kini sebarang kenyataan pada masa sesuai.
Kenyataan ini dibuat selepas keluarga Nora Anne bimbang laporan dan komen berterusan mengenai tragedi yang menimpa remaja tersebut tidak membantu mereka, sebaliknya boleh menjejaskan siasatan hingga mengakibatkan kecelaruan dan ketidakselesaan kepada mereka.
Sementara itu, Matthew Searle of the Lucie Blackman Trust turut mengesahkan Perancis akan terus membuat siasatan dalam kes kehilangan dan kematian Nora Anne sebagai amalan biasa membabitkan warga negaranya.
Hotline polis masih dibuka dan keluarga itu masih mencari sebarang maklumat awam yang boleh membantu menjelaskan kejadian yang berlaku selama 10 hari kehilangan Nora Anne ketika bercuti di sebuah resort di Nilai pada 4 Ogos lalu selepas sehari keluarga itu mendaftar masuk ke tempat percutian itu.
Mayat Nora Anne ditemui selepas 10 hari pencarian besar-besaran dilakukan kira-kira 2 kilometer dari resort berkenaan.
Bedah siasat yang dijalankan mendapati kematiannya akibat kebocoran pada usus akibat lapar, selain tiada tanda-tanda dirogol. – MalaysiaGazette