Saturday, November 30, 2024
Home Sukan Final AFF: Malaysia jumpa lagi Australia

Final AFF: Malaysia jumpa lagi Australia

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Australia akan membuat perhitungan buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu selepas kedua-dua pasukan akan bertemu lagi untuk menentukan juara Kejohanan AFF Bawah 18 tahun (B-18).

Australia yang memburu gelaran kelima selepas menumpaskan Myanmar 2-1 dalam separuh akhir di Stadium Go Du, Thuủ Dau Mot, Vietnam malam tadi.

Kemenangan itu hadir tidak lama selepas Malaysia lebih awal mengesahkan tiket final buat kali kedua berturut-turut dengan menumpaskan juara 2013, Indonesia 4-3 di venue sama.

Seperti aksi Malaysia-Indonesia, perlawanan di antara dua bekas juara, Australia menentang Myanmar juga berlangsung sengit.

Myanmar juara 2003 dan 2005 mengejutkan Australia apabila membuka jaringan seawal minit ke-18 menerusi La Min Htwe.

Australia yang menjadi juara pada 2006, 2008, 2010 dan 2016 bagaimanapun berjaya mendapatkan dua gol pada separuh masa kedua menerusi Lachlan Brook (minit ke-56) dan Clifton Trewin di minit ke-77.

Malaysia yang turun selaku juara bertahan memiliki kelebihan psikologi selepas mengalahkan pasukan itu 3-0 dalam aksi Kumpulan B, pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh pada esok pasti menampilkan aksi berbeza. – MalaysiaGazette