NEW YORK – NASA menjemput pelajar universiti dan pasca-siswazah untuk membangunkan kertas cadangan inovatif bagi projek terbaharunya, program Artemis menerusi pertandingan Revolutionary Aerospace Systems Concept- Academic Linkage (RASC-AL).
Pertandingan tersebut menjemput semua pelajar kejuruteraan supaya lebih ramai anak muda dapat menyumbang kepada program sebenar yang diperlukan dalam ilmu pengetahuan terkini kemanusiaan.
RASC-AL menyediakan sebuah platform ideal kepada para pelajar untuk melakukan kajian dunia sebenar yang lebih bermakna, katanya.
“Ia memberikan kita satu perspektif berbeza yang membolehkan kami kadang-kala berfikir mengenai kaedah-kaedah yang boleh lagi dilakukan untuk meneroka keindahan angkasa lepas,” kata Ketua Penerokaan Strategik Manusia, Pusat Penyelidikan NASA di Langley dalam satu kenyataan.
Tidak sama seperti program-program lain yang pernah dilancarkan oleh NASA sebelum ini, pertandingan RASC-AL merangkumi tema yang lebih luas termasuk analisis ekonomi terhadap peluang komersial di angkasa lepas selain bidang-bidang sains dan kejuruteraan yang biasa dibincangkan.
Tarikh akhir untuk menghantar cadangan masing-masing adalah pada 5 Mac 2020.
Lima belas pasukan finalis akan dipilih dan diterbangkan ke Forum RASC-L di Cocoa Beach, Florida pada Jun.
Pasukan tersebut akan menerima elaun sebanyak AS$6,000 untuk menyertai forum berkenaan.
Dua pasukan terhebat akan membentangkan rekaan projek masing-masing di persidangan angkasa lepas utama seperti forum tahunan Institut Aeronautik dan Astronautik Amerika.- Agensi