Home Ekonomi AS tidak mahu jalankan perniagaan dengan Huawei

AS tidak mahu jalankan perniagaan dengan Huawei

NEW JERSEY – Donald Trump tidak mahu Amerika Syarikat menjalankan perniagaan dengan Huawei walaupun pentadbirannya mengimbangi sama ada untuk melanjutkan tempoh ‘gencatan’ bagi syarikat itu.

Reuters dan media-media lain pada hari Jumaat  melaporkan bahawa Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dijangka memberi ‘gencatan’ yang diberikan kepada Huawei Technologies Co Ltd dengan membenarkan firma China membeli bekalan dari Amerika Syarikat supaya ia dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada.

“Lesen am sementara” akan dilanjutkan untuk Huawei selama 90 hari, Reuters melaporkan, memetik dua sumber yang biasa dengan keadaan itu.

Kata Presiden Amerika itu, keputusan berkenaan atas sebab-sebab keselamatan.

“Pada peringkat ini kami tidak akan membuat perniagaan dengan Huawei. Saya tidak mahu sebarang urusan perniagaan atas sebab ancaman keselamatan dan saya percaya media telah memberi liputan berbeza,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa bahagian kecil perniagaan Huawei boleh dikecualikan daripada pengharaman yang lebih luas, tetapi ia akan menjadi “sangat rumit.”

Malah, beliau tidak mengatakan sama ada pentadbirannya akan memperluaskan “lesen am sementara’ tersebut.

Sementara itu, Pengarah Majlis Ekonomi Negara, Larry Kudlow berkata, jabatan perdagangan akan memperluaskan proses pelesenan Huawei selama tiga bulan sebagai isyarat “niat baik” di tengah-tengah rundingan perdagangan yang lebih luas dengan China.

“Kami memberi rehat kepada syarikat kami sendiri selama tiga bulan,” kata Kudlow pada siaran “Meet the Press” NBC. – MalaysiaGazette