Home Ekonomi Apple bimbang kenaikan tarif ke atas produk China

Apple bimbang kenaikan tarif ke atas produk China

Tim Cook dan Donald Trump berbincang semasa mesyuarat lembaga polisi pekerjaan Amerika Syarikat pada 6 Mac 2019. foto Bloomberg

NEW JERSEY – Presiden Donald Trump sudah berbincang dengan Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook mengenai impak tarif Amerika Syarikat ke atas import China serta persaingan dengan Samsung Electronics Co Ltd.

Trump berkata, Cook memaklumkan bahawa tarif boleh ‘menyakiti’ Apple, memandangkan produk Samsung tidak akan dikenakan tarif yang sama.

Amerika Syarikat bercadang untuk mengenakan tarif ke atas barangan China bernilai AS$300 bilion membabitkan produk elektronik yang dijangka berkuatkuasa dalam dua peringkat iaitu pada 1 September dan 15 Disember.

Sebaliknya, perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan sudah dilaksana.

“Saya fikir beliau membuat hujah yang sangat menarik, jadi saya sedang memikirkannya,” kata Trump.

MacBook Apple dan iPhone Apple tidak akan menghadapi tarif tambahan sehingga 15 Disember, tetapi beberapa produk lain syarikat, termasuk AirPods, Apple Watch dan HomePod, akan tertakluk kepada levi pada 1 September. – MalaysiaGazette