KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mendakwa remaja Ireland Nora Anne Quoirin diperkosa oleh Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.
Muhammad Zikri Ibrahim, 29, dituduh melakukan penghinaan secara sengaja dengan tujuan untuk mencetuskan penghinaan melalui akaun Twitternya “Zikri Armstrong” jam 8.30 malam pada 14 Ogos.
Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan menghadapi hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pengurus telemarketing itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh yang mewakili tertuduh meminta jumlah jaminan diturunkan kerana tertuduh bakal berkahwin Disember ini.
Majistret kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dan seorang penjamin.
Kes itu akan disebut semula pada 19 September ini. – MalaysiaGazette