ENGLAND – Filem terbaharu agen perisikan James Bond 007 yang diberi judul ‘No Time To Die’ akan ditayangkan pada bulan April tahun depan.
Berita itu dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram 007 serta Twitter.
Turut dikongsi gambar hero 007 Daniel Craig yang sekali lagi akan memainkan watak ejen perisikan kegemaran ramai.
Kapsyen klip dalam Instagram berbunyi:” Daniel Craig kembali sebagai James Bond, 007 dalam..NO TIME TO DIE.
“Akan ditayangkan di United Kingdom pada 3 April 2020 dan 8 April 2020 di US.#Bond25#NoTimeToDie’.
Pengikut setia sequel James Bond teruja dengan tajuk baharu filem itu dan berkongsi pendapat masing-masing dalam Instagram rasmi 007.
“Bunyi klip video berdurasi 30 saat dalam hitam putih itu seolah tajuk Bond klasik”. tulis seorang pemilik akaun Instagram.
Tidak sampai 24 jam didedahkan tajuk filem itu, lebih 2.2 juta orang telah menonton klip tersebut.
Ada yang menyatakan tajuknya mengejutkan dan tidak sabar menanti tayangan sequel ke-25 itu di layar perak tahun depan.
Daniel akan berlakon dalam sequel terbaharu itu bersama Antagonis Rami Malek, Ralph Fiennes dan Naomie Harris.
Watak bintang Marvels Lashana Lynch dikatakan berat dalam filem ini dan akan memberi kejutan kepada penonton ketika tayangan di skrin nanti.
Sumber dalaman kru filem mendedahkan terdapat adegan penting pada permulaan filem manakala pada satu momen Bond akan kekal sebagai ejen Bond tetapi dia akan digantikan sebagai 007 oleh wanita menakjubkan ini, Lashana.
Daniel yang berusia 51 tahun baru sahaja selesai menjalani pembedahan kaki akibat terjatuh semasa sesi penggambaran di Jamaica awal tahun ini.
Difahamkan Craig perlu berehat untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan itu.
Malah filem ini dikatakan yang terakhir untuk Craig untuk melakonkan watak Bond.
Antara pelakon wanita yang akan berganding dengan Daniel Craig dalam 007 ‘ No Time To Die’ kali ini.Diarahkan oleh Cary Fukunaga, skrip oleh Phoebe Waller-Bridge berdasarkan Novel Ian Fleming.
Terdahulu nama Shatterhand dicadangkan sebagai tajuk filem terbaharu itu namun ditukar supaya sesuai dengan nama filem 007 ikonik yang lain. – MalaysiaGazette