KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak agar pemimpin yang beranggapan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan sepenggal harus meletakan jawatan mereka dalam kerajaan.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Anwar berkata kenyataan bahawa PH adalah kerajaan sepenggal tidak melambangkan kesungguhan untuk melakukan reformasi yang diinginkan dalam pentadbiran kerajaan.
“Saya nak nasihat kalau ada pemimpin PH yang pegang jabatan kerajaan kata kerajaan PH sebagai kerajaan sepenggal, dia patut letak jawatan.