KUALA LUMPUR – Tabiat mengibarkan bendera secara terbalik menonjolkan sikap protes yang ditunjukkan oleh komunis, kata pendakwah bertaraf antarabangsa kelahiran tempatan, Firdaus Wong Wai Hung.
Beliau berkata, pendedahan itu penting bertujuan untuk memberi kefahaman kepada umat Islam di negara ini tentang kemungkinan maksud simbolik tindakan sesetengah pihak yang dilihat seolah-olah sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
“Satu demi satu mereka test water. Jalur Gemilang ditukar warnanya, tentera dihina, kini Jalur Gemilang dikibarkan terbalik.
“Kesilapan? I dont think so. Serentak seluruh negara Jalur Gemilang dikibarkan terbalik?.
“Mengibarkan bendera terbalik adalah stail komunis memprotes. Juga simbol negara dalam kesedihan.” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurutnya lagi, perbuatan itu mungkin salah satu siri provokasi secara sengaja daripada sesetengah pihak yang tahu perbuatan biadap mereka ini akan dilupakan begitu sahaja oleh umat Islam Malaysia sekiranya mereka meminta maaf setelah dibidas.
“Segelintir pihak sedang test water. Andai dikesan dan dibidas, I’m sorry dan move on. Itulah taktik mereka kebelakangan ini. Harap pihak berkuasa ambil tindakan,” ujarnya. – MalaysiaGazette