KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang didakwa mengannggu tugas penjawat awam apabila mengarahkan kilang-kilang di Pasir Gudang yang sebelum ini diarah tutup dan disita untuk dibenarkan beroperasi semula tanpa halangan.
Mazlan turut didakwa mengugut individu yang tidak mendedahkan namanya.
Namun menerusi laporan polis beliau terlibat mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Latihan Kecemasan Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (PAGEMA).
Justeru individu itu membuat laporan polis agar Mazlan disiasat segera dan dikenakan tindakan sewajarnya.
Jelasnya, arahan untuk membuka semula kilang dan premis perniagaan yang telah ditutup atau disita pada 11 Julai yang lalu hanya boleh dikeluarkan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, namun Mazlan didakwa menganggap dirinya setaraf dengan menteri.
“Pada 17 Julai 2019 jam 10:40 pagi semasa saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Latihan Kecemasan Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (PAGEMA) di Aras 12 Menara Awabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menerima 1 panggilan daripada YB Mazlan Bujang.
“Maka tindakan oleh YB Mazlan Bujang telah mengganggu tugas penjawat awam menjalankan tugas, Tujuan saya buat laporan untuk tindakan pihak berkenaan,” kata individu itu dalam laporannya bertarikh 22 Ogos.
Beliau membuat laporan di Balai Polis Larkin.
Untuk rekod, pada 11 Julai lalu operasi bersepadu menggempur kilang haram di Pasir Gudang yang disertai Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin diadakan.
Beberapa kilang haram dilaporkan diarah untuk mengehentikan operasi.
Operasi ini dilakukan susulan terdapat kilang yang menyebabkan pencemaran di Pasir Gudang sebelum ini. – MalaysiaGazette