Home Ekonomi Saham MAHB jatuh akibat gangguan di KLIA

Saham MAHB jatuh akibat gangguan di KLIA

Gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) masih belum pulih sepenuhnya.

KUALA LUMPUR- Harga saham Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) jatuh ketika dibuka pada dagangan tengahari susulan gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) yang masih belum dipulihkan.

Pada jam 2.30 petang, harga saham susut 0.23 peratus atau dua sen kepada RM8.53 sesaham.

Setakat berita ditulis, gangguan sistem di KLIA masih belum berjaya dipulihkan sehingga menyebabkan kelewatan penerbangan dan ketidakselesaan penumpang.

Gangguan teknikal yang berlaku sejak malam Rabu lalu menyebabkan ribuan penumpang kecewa kerana mereka perlu mendaftar masuk bagasi secara manual.

Gangguan yang berlaku di kedua-dua lapangan terbang di KLIA yang dikendalikan oleh MAHB itu turut menyebabkan aktiviti lain di terminal utama dan klia2 seperti urusan bagasi, kaunter daftar masuk, paparan maklumat penerbangan dan Wi-Fi turut terjejas.

MABH menasihatkan para penumpang supaya tiba di lapangan terbang empat jam lebih awal sebelum wakti penerbangan.- BERNAMA