Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini mengulangi pendirian tegasnya akan mempertahankan pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik dari gangguan pihak tertentu.
Naib Presidennya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, setakat ini Putra mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan yang bakal berlaku kepada Dr. Zakir Naik, walaupun Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal pendiriannya tidak akan menghantar pulang pendakwah kontroversi itu ke India.