Home Ekonomi Rebat RM200 untuk Galaxy J5, J7

Rebat RM200 untuk Galaxy J5, J7

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics kini menawarkan rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih Galaxy J5 Prime atau Galaxy J7 Prime menerusi tukar beli sebarang jenama atau model telefon pintar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Samsung Malaysia berkata, rebat segera itu ditawarkan di semua premis yang menyertainya dan Samsung Experience Stores, mulai hari ini hingga 21 Mei 2017.

Ia berkata peranti yang masih berfungsi dan dalam keadaan tidak sempurna juga diterima.

“Ini bagi menggalakkan pengguna memusnahkan telefon mudah alih mereka secara bertanggungjawab dan selamat kepada alam sekitar,” kata Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Unit Perniagaan Mudah Alih, Lee Jui Siang.

Diperkukuh dengan reka bentuk mewah dan bergaya, Galaxy J5 Prime dan Galaxy J7 Prime adalah telefon pintar terbaik yang diperlukan oleh pengguna. – MalaysiaGazette