Home Dunia Kalimantan Timur ganti Jakarta

Kalimantan Timur ganti Jakarta

JAKARTA – Ibu negara Indonesia akan dipindahkan di Kalimantan Timur di Kepulauan Borneo.

Jakarta yang kini menjadi ibu negara memiliki kepadatan penduduk 10 juta dan kedudukannya semakin rendah.

Sebahagian daripada bandar raya tenggelam sebanyak 25 sentimeter setahun dan hampir separuh kini berada di bawah paras laut.

Namun, Presiden Indonesia Joko Widodo tidak memberi perincian tentang pelan perpindahan ibu negara Jakarta.

Bandar baru ini akan mengetengahkan dua wilayah yang kurang maju, Kutai Kertanegara dan Penajam Paser Utara.

Dalam ucapan di televisyen, Widodo berkata: “Lokasinya sangat strategik – ia terletak di tengah-tengah Indonesia dan dekat dengan kawasan bandar.

“Beban Jakarta sekarang ini terlalu berat sebagai pusat pemerintahan, bisnes, kewangan, perdagangan dan perkhidmatan,” katanya.

Beliau menambah, lokasi baharu pula berada pada kedudukan “minimum” untuk risiko bencana alam. – MalaysiaGazette