Home Nasional Trafik sesak 7km dari Bandar Ainsdale

Trafik sesak 7km dari Bandar Ainsdale

Gambar hiasan

SEREMBAN – Trafik dilaporkan sesak sejauh tujuh kilometer (km) di KM 269.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban pagi ini, ekoran kerja-kerja pengalihan dua lori yang terlibat dalam kemalangan, malam tadi.

Menurut jurucakap PLUS, kesesakan itu berikutan lorong kiri dan tengah, masih ditutup bagi kerja-kerja pengalihan.

“Laluan kontra juga telah ditutup. Trafik sesak 7 km,” katanya di sini.

Semalam, tiga dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk dua motosikal, di KM 269.9, PLUS arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai sebelum Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

Bagaimanapun, maklumat terperinci kemalangan tersebut masih belum diperoleh setakat ini. – MalaysiaGazette