Home Nasional Ali Tinju, NGO ajak KPN berdialog isu semasa Melayu, tentera

Ali Tinju, NGO ajak KPN berdialog isu semasa Melayu, tentera

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia, Datuk Mohd Ali Baharom (tiga kanan) serta yang lain menunjukka memorandum mengenai cadangan mengadakan program Dialog Isu-Isu Semasa untuk diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador di Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (PPNMM) mempelawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk berdialog bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu yang menjadi tumpuan umum.

Presidennya Datuk Mohd Ali Baharom berkata, surat jemputan dialog itu telah diterima Deputi Superintendan Polis Nor Aslinda Abdul Halim dari Jabatan Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia di pekarangan inu pejabat polis Bukit Aman pada pukul 11.30 pagi tadi.

Katanya, antara isu yang menjadi tumpuan masyarkat ialah penghinaan angkatan tentera, jalur gemilang dipasang terbalik dan pertikaian bukan Islam terhadap agama Islam.

“Kami mahu Ketua Polis Negara (KPN) turun ke dialog dan memberi penjelasan terhadap semua isu berbangkit itu supaya kami sebagai NGO boleh menterjemahkan segala teguran pihak berkuasa kepada rakyat.

“Saya telah memaklumkan kepada pegawainya bahawa tidak terlibat mana mana parti atau pemimpin politik untuk hadir ke sesi dialog ini, semua yang hadir adalah NGO sahaja.

“Kami mahu membantu untuk menyelesaikan masalah berbangkit selain memartabatkan imej PDRM dan tidak mahu ‘nasi sudah jadi bubur’ barulah pihak berkuasa KPN yang dipertanggungjawabkan bertindak,” katanya y ang dikenali dengan jolokan Ali Tinju di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman bersama Timbalan Presidennya Yahya Zakaria.

Deputi Superintendan Nor Aslinda Abdul Halim (Kiri) meneliti surat jemputan dialog berssama NGO kepada IGP oleh Ahli Tinju di pekarangan Bukit Aman pagi tadi.

Tambah beliau, walaupun Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyerahkan kepada polis untuk bertindak ke atas mereka yang penghina tentera, sehingga sekarang tidak ada tindakan tegas atau tangkapan dilakukan, dan hanya pelaku mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

“Sewaktu BN dahulu, saya Ali Tinju mempertahankan ornag Melayu di Low Yat yang dipukul beramai-ramai. Saya mengeluarkan kenyataan membakar semangat dan saya direman serta dimasukkan dalam lokap mengikut undang-undang polis ketika itu.

“Sekarang pihak bukan Islam menghina angkatan tentera terlepas begitu sahaja dengan memohon maaf sedangkan hati-hati kami selaku bekas tentera kecewa dan marah.

“Kami harap IGP dapat hadir dan kita tidak benarkan mana-mana parti politik baik pembangkang mahupun pemerintah hadir kecuali NGO NGO sahaja yang tidak sabar bertemu KPN yang bagi mereka adalah singa Malaya,” katanya.

Menurut beliau kira-kira 100 NGO dijangka menghadiri sesi dialog itu termasuk NGO bukan Islam kerana bukan semua NGO bukan Islam sukakan penghinaan, sebaliknya mahukan kedamaian.

“Kalau KPN bangun dia boleh selesaikan isu semasa hari ini. Saya harap beliau (Hamid Bador) turun dalam dialog, saya yakin semua masalah akan selesai tapi beliau perju memberi penjelasan dan bercakap tindakan terkini kepada kami.

“Pegawai mereka janji akan membalas surat jemputan dalam masa 14 hari lagi. Kalau gagal jawab 14 hari itu, saya akan datang sekali lagi dan saya akan cakap lebih keras lagi, tapi hari ini saya cakap lembut sahaja manakala tarikh dialog akan ditetapkan selepas dapat pengesahan kehadiran IGP nanti,” katanya.- MalaysiaGazette