Home Ekonomi Main saham kena ada ilmu

Main saham kena ada ilmu

Rrang ramai kini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendapatkan maklumat asas mengenai cara pelaburan yang selamat dan bijak di Bursa Malaysia bersama Mahersaman.com

KUALA LUMPUR – Pasaran saham merupakan satu tempat di mana pelabur membeli dan menjual saham-saham syarikat tersenarai.

Di Malaysia, ia dikenali sebagai Bursa Malaysia dan aktiviti jual dan beli saham boleh disebut di dalam beberapa istilah seperti main saham, melabur saham, berurusniaga saham dan berdagang saham.

Urus niaga saham sama ada di pasaran terbuka atau melalui permohonan saham IPO (tawaran awam permulaan) boleh memberikan pulangan yang cepat atau lambat.

Pengarah Mahersaham.com, Maher Alias berkata, keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada banyak faktor antaranya teknik yang betul dan memilih kaunter yang betul selain modal yang dilaburkan.

Jelas beliau, jika mengikut teknik yang betul, seseorang pelabur boleh mengaut keuntungan antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh empat bulan manakala untuk tempoh setahun, mereka bakal menjana keuntungan antara 100 hingga 300 peratus.

Maher Alias

“Seseorang pelabur saham digalakkan untuk mempunyai ilmu pengetahuan serta membuat kajian sebelum membuat keputusan melabur.

“Ia pentung untuk mengurangkan risiko kerugian di dalam pelaburan kerana sekiranya seseorang pelabur itu tersilap membeli sesuatu saham, maka ditakuti jika harga saham jatuh ia akan mengakibatkan modal pelaburan menjadi berkurangan,” katanya ketika ditemui pada sesi Bengkel Super Trader di sini baru­-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Maher Niaga, Elyas Amir Ramli dan Pengurus Sumber, Shazwan Afiq Ismaon.

Maher menambah, orang ramai kini boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan mendapatkan maklumat asas mengenai cara pelaburan yang selamat dan bijak di Bursa Malaysia dengan bermodalkan hanya RM50.

Menurutnya, kursus asas itu terbuka kepada semua dan menawarkan kelas pembelajaran selama setengah hari di beberapa lokasi yang ditetapkan syarikat.

Mahersaham.com dikendalikan oleh tiga orang anak muda yang mahir dan berpengalaman dalam bidang pasaran saham.

Maher memberitahu, sambungan daripada bengkel asas tersebut, syarikat turut menawarkan kelas bimbingan lanjutan khusus untuk menambah lebih banyak pengetahuan tentang pelaburan saham, cara mengaut keuntungan dan menguruskan risiko kerugian, mempelajari teknik melabur dengan cara yang betul dan memiliki akaun Central Depository System (CDS).

Melalui akaun tersebut, ia akan membolehkan pelabur membeli mana-mana saham berpotensi di Bursa Malaysia.

“Kursus tersebut mengenakan yuran sebanyak RM999 seorang,” jelasnya.

Tambah beliau, peserta yang mengikuti kelas-kelas berkenaan selepas itu boleh berdagang di platform Bursa Malaysia dengan modal serendah RM500.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus asas dan lanjutan itu, boleh menghubungi di talian 018-319 9822.

Mahersaham.com dikendalikan oleh tiga orang anak muda berpengalaman dan peserta yang berminat akan mempelajari peringkat asas mengenai pelaburan dalam pasaran saham, mengenali kaunter saham, memilih saham berpotensi, cara dagangan dan keuntungan serta risiko yang dihadapi. – MalaysiaGazette