Home Sukan Arsenal benarkan Monreal sertai Real Sociedad

Arsenal benarkan Monreal sertai Real Sociedad

Arsenal tidak ada masalah sekiranya Monreal menyertai Real Sociedad minggu ini.

ENGLAND – Arsenal sedia membenarkan pemainnya, Nacho Monreal menyertai Real Sociedad minggu ini sekiranya menerima permohonan meninggalkan Emirates.

Monreal, 33, kini dalam tahun akhir kontrak bersama the Gunners di Emirates dan sedia maklum kontraknya tidak akan diperbaharui selepas ini.

Pengurusnya, Unai Emery dikatakan gembira bintang Sepanyol itu kekal dalam kelab sehingga akhir musim ini dan meninggalkan kelab secara percuma tanpa musim hadapan.

Namun Emery dilaporkan tidak akan menghalang hasrat Monreal sekiranya pemain itu memutuskan untuk menyertai Sociedad.

Kelab La Liga Sepanyiol itu menawarkan kontrak dua tahun dengan tambahan setahun lagi untuk Monreal.

Bagaimanapun Arsenal dijangka akan menuntut yuran minimum tiga juta pound untuk pemain itu.

Monreal menyertai Arsenal enam tahun lalu daripada Malaga dengan nilai 8.5 juta pound.

Baru-baru ini, Monreal tersenarai dalam pasukan utama Emery selepas Laurent Koscielny menyertai Bordeux.

Bagaimanapun kehadiran pemain baharu Kieran Tierney dari Celtic dengan nilai 26 juta pound mengakibatkan kedudukan pemain berkenaan kini terumbang ambing di Emirates.- MalaysiaGazette