Home Nasional Kes Riza Aziz bermula 23 September ini

Kes Riza Aziz bermula 23 September ini

Riza Shahriz Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh 23 September bagi pendengaran permohonan oleh pasukan pembelaan memindahkan kes anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Riza Shahriz Abdul Aziz yang berdepan dengan pertuduhan penggubahan wang haram bernilai AS$248 atau RM1.25 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pasukan peguambela mahu memindahkan kes itu dari mahkamah seksyen ke mahkamah tinggi.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib pendengaran permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali pada September nanti.

Jelas Ahmad Akram, pihaknya pihak pendakwaan telah memfailkan afidavit balasan pada 23 Ogos lepas berhubung permohonan pihak pembelaan manakala pasukan bela yang diwakli oleh Syazwani Mohd Zawawi pula memfailkan afidavit itu pada 16 Ogos lepas.

Ketika disoal,  pihak pembelaan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes Riza dari mahkamah sesyen ke mahkamah tinggi peguam itu berkata, antaranya ialah kes itu melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks dan juga membabitkan  isu-isu 1MDB.

Bagaimanapun, pasukan pendakwaan membantah permohonan pembelaan kerana kes itu  tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar dan rumit.

Riza Aziz sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 5 Julai lepas terhadap lima pertuduhan yang di bacakan terhadapnya serta mohon dibicarakan.

Anak kandung isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor itu yang merupakan , pemilik syarikat Red Granite Pictures juga penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram.

Antaranya menerima wang dana 1MDB berjumlah AS$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun bernombor 11116073 milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, AS bernombor 123248291 milik Red Granite Productions Inc.

Riza Aziz juga di tuduh melakukan  kesalahan sama melibatkan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang dari akaun serupa pada 10 September 2012 dan 10 Oktober 2012 di tempat sama.

Untuk pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama berjumlah AS$133 juta dan US$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura bernombor 6C02250A milik Red Granite Capital Ltd.

Bagi tuduhan kelima pula, Riza Aziz didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah AS$45 juta di tempat sama pada 14 Nov 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. –MalaysiaGazette