SAN JUAN – Wilayah Puerto Rico mengisytiharkan keadaan kecemasan susulan ribut Tropika Dorian yang melanda wilayah Amerika Syarikat itu.
Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) telah mengeluarkan amaran ribut dan hujan di Puerto Rico dan Republik Dominica.
Amaran sama telah dikeluarkan di Kepulauan Martinique, Saba dan St Eustatius.
Ramalan cuaca menjangkan taufan berkenaan akan muncul dalam tempoh 24 jam ini.
Puerto Rico masih belum pulih sepenuhnya daripada Taufan Maria yang berlaku dua tahun lalu.
Dijangkakan hujan sehingga 15 sentimeter melanda wilayah tersebut dan Republik Dominica, yang mana banjir di sepanjang pantai.
Setakat pagi Selasa, ribut berlaku 96 kilometer di barat lait Pulau St Lucia dengan kekuatan angin 85 kilometer sejam.
Gabenor Puerto Rico, Wanda Vázquez Garced, yang mengisytiharkan keadaan kecemasan untuk wilayah itu sejak hari Isnin, menyeru kepada lebih daripada tiga juta rakyatnya untuk siap sedia.
“Saya menggesa rakyat untuk mengaktifkan pelan kecemasan mereka dan berhati-hati,” kata Vázquez menerusi Twitter.
Kira-kira 360 pusat perlindungan akan dibuka di seluruh pulau, kata gabenor. – MalaysiaGazette